Wednesday 20 May 2009

Bahan Picisan - Pelemah Orang Melayu

“Bacalah”

Ya, itulah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Membaca penting kerana ia dapat menambah ilmu tentang kebesaran dan keagungan Alllah SWT, pengetahuan ilmu akli dan nakli, dan dapat membina motivasi diri. Membaca mengembangkan minda dengan menerima pelbagai luahan fikiran, idea, perasaan seseorang. Orang-orang berjaya ‘menghobikan’ membaca kerana ia menjadiakan mereka lebih mengenali tujuan hidup dan bermotivasi. Sejajar dengan Wawasan 2020, kita perlu melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan sainitfik. Oleh itu, membaca haruslah dijadikan budaya supaya orang melayu khususnya supaya mereka lebih berilmu dan dihormati.

Picisan

Sekarang, budaya membaca semakin terkikis dalam masyarakat kita khususnya orang melayu. Lebih memburukkan keadaan, orang melayu menjadikan majalah-majalah hiburan sebagai ’santapan minda’ mereka. Sedarlah bahawa bahan-bahan dalam ‘racun’ ini banyak terdapat unsur zina dan fitnah. Majalah seperti mangga, utopia,urtv, hype, gempak banyak menyiarkan pendedahan aurat, gosip-gosip yang tidak sahih, cerita-cerita menjatuhkan maruah artis dan berita-berita industri hiburan yang saya anggap ‘unnecessary’. Hal ini bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam menyuruh kita meninggalkan yang sia-sia dan mengumpat. Elemen-elemen inilah yang memuaskan hawa nafsu pembaca dan menyebabkan syarikat penerbitan mengaut keunutnungan berlipat ganda..

Anda sepatutnya sedar wang yang digunakan membeli majalah hiburan ini hanya menguntungkan penerbitnya bukannya anda. Penerbit ini memperbodohkan dan ‘mempermainkan’ anda dengan menyiarkan gambar-gambar separuh bogel, dan gosip-gosip panas sebagai sumber rezeki. Akibatnya, jadilah kita sebagai bangsa yang ditipu. Pada masa yang sama, apa yang anda dapat? saya ulang, apa manfaatnya? Adakah cerita-cerita palsu artis melayu ini dapat membawa anda satu tahap lebih tinggi daripada orang lain? Adakah nilai-nilai murni dalam majalah-majalah ini? Adakah ia memotivasi anda dalam kehidupan? Fikir dalam-dalam dan rasional. jawapannya tak, kan? Fikir-fikirlah..

Oleh itu, sukacita saya mengajak anda bacalah bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah dan buku yang mengupas isu-isu semasa, memotivasi kehidupan, membentuk peribadi dan menambah pengetahuan dalam bidang fardu ain dan fardu kifayah. Tinggalkanlah majalah hiburan dan komik seperti kreko kerana ia bukan sekadar bersifat sementara tetapi sia-sia. Buat masa ini memang sukar untuk membuang tabiat ini tetapi kita melaksanakannya tahap demi tahap. Kalau tiap-tiap minggu anda membelinya, maka cubalah untuk beli sebulan sekali. Jika berjaya, teruskan usaha itu dengan tempoh lebih lama.

Saya minta maaf jika nukilan ini mengecilkan hati mana-mana pihak tetapi ini adalah tanggungjawab kita semua iaitu membangunkan agama, bangsa dan negara. Semuanya terletak pada anda. Nak atau tak nak sahaja yang menjadi persoalannya. Anda tahukan yang mana baik yang mana buruk, kan? Jadi..

Berubahlah.

Yang benar tetap benar.

artikel ini disalin daripada Dokumenku

No comments:

Post a Comment