Thursday 21 May 2009

Tabligh

Para tabligh terkenal dengan dakwahnya di serata masjid, berpakaian sunnah, suka bermanis muka dan hdup bermasyarakat.. Bnyk yg aku tgk mereka ni iktikaf lame2 di msjid ( 5-6 hari).. X keje ke?? mngkin dorg da pencen nk hdup bbs (seperti Thomas Wilson ) From my opinion, mereka nie mcm pentingkan akhirat tp tolak dunia.. Kita kena ingat dunia ni jmbatan ke akhirat..

Ade satu ksah klakar psl tabligh ni . Pada suatu hari, ayahku bwrbual dgn sorg ni (ak namakn dy mat - bkn name sbnr)..

" knapa ramai yg tabligh ni pegi india? knapa x pegi mekah? kan solat di masjidilharam dgndakan 100000pahala " tnya ayahku.

Mat jawab " eh bkn camtu.. di india tu dgandakan 700000phla"

Setelh ayah bgth ak pasal nie mmg aku nk tergelak.... haha
kalau di india tu dgnda 700000, da lame Mekah dah 'tutop kedai'.. hadis ape yg dy pakai?? tok guru siapa yang ajar die?? pelek2..

ayahku pernah cerita.. ada gentleman ni keje di petronas. Gajinya besar dong. Dan selepas trlibat dgn tabligh2 nie, dia berhenti kerja..

Pada pndpt dia keje dgn kerajaan ni haram.. ( apsal lak haram???!!) Dia ada istri dan anak2. Tapi dia terlibat tabligh gila2 dan lma klamaan duit habis.. anak bini tak trjaga..

Dia tak tau nak buat apa.

Dia stat keje blek. Kalau tak silap aku, dia keje pensyarah. Tapi gaji lagi murah drpd kerja petronas tu.. so sejak drpd tu die stat from zero... huhu.. kalo dia still keje ptronas mcm dulu tentu pngkat dia lg tinggi...

hmm... alangkah ekstrim nye dia nih..
Islam kan agama prtghan.
Balance laa akhirat ngn dunia..

jgn sangka air yg tenang tiada buaya..

Assalamualaikum. :)

Wednesday 20 May 2009

Bahan Picisan - Pelemah Orang Melayu

“Bacalah”

Ya, itulah wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril. Membaca penting kerana ia dapat menambah ilmu tentang kebesaran dan keagungan Alllah SWT, pengetahuan ilmu akli dan nakli, dan dapat membina motivasi diri. Membaca mengembangkan minda dengan menerima pelbagai luahan fikiran, idea, perasaan seseorang. Orang-orang berjaya ‘menghobikan’ membaca kerana ia menjadiakan mereka lebih mengenali tujuan hidup dan bermotivasi. Sejajar dengan Wawasan 2020, kita perlu melahirkan masyarakat yang berilmu, maju dan sainitfik. Oleh itu, membaca haruslah dijadikan budaya supaya orang melayu khususnya supaya mereka lebih berilmu dan dihormati.

Picisan

Sekarang, budaya membaca semakin terkikis dalam masyarakat kita khususnya orang melayu. Lebih memburukkan keadaan, orang melayu menjadikan majalah-majalah hiburan sebagai ’santapan minda’ mereka. Sedarlah bahawa bahan-bahan dalam ‘racun’ ini banyak terdapat unsur zina dan fitnah. Majalah seperti mangga, utopia,urtv, hype, gempak banyak menyiarkan pendedahan aurat, gosip-gosip yang tidak sahih, cerita-cerita menjatuhkan maruah artis dan berita-berita industri hiburan yang saya anggap ‘unnecessary’. Hal ini bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam menyuruh kita meninggalkan yang sia-sia dan mengumpat. Elemen-elemen inilah yang memuaskan hawa nafsu pembaca dan menyebabkan syarikat penerbitan mengaut keunutnungan berlipat ganda..

Anda sepatutnya sedar wang yang digunakan membeli majalah hiburan ini hanya menguntungkan penerbitnya bukannya anda. Penerbit ini memperbodohkan dan ‘mempermainkan’ anda dengan menyiarkan gambar-gambar separuh bogel, dan gosip-gosip panas sebagai sumber rezeki. Akibatnya, jadilah kita sebagai bangsa yang ditipu. Pada masa yang sama, apa yang anda dapat? saya ulang, apa manfaatnya? Adakah cerita-cerita palsu artis melayu ini dapat membawa anda satu tahap lebih tinggi daripada orang lain? Adakah nilai-nilai murni dalam majalah-majalah ini? Adakah ia memotivasi anda dalam kehidupan? Fikir dalam-dalam dan rasional. jawapannya tak, kan? Fikir-fikirlah..

Oleh itu, sukacita saya mengajak anda bacalah bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah dan buku yang mengupas isu-isu semasa, memotivasi kehidupan, membentuk peribadi dan menambah pengetahuan dalam bidang fardu ain dan fardu kifayah. Tinggalkanlah majalah hiburan dan komik seperti kreko kerana ia bukan sekadar bersifat sementara tetapi sia-sia. Buat masa ini memang sukar untuk membuang tabiat ini tetapi kita melaksanakannya tahap demi tahap. Kalau tiap-tiap minggu anda membelinya, maka cubalah untuk beli sebulan sekali. Jika berjaya, teruskan usaha itu dengan tempoh lebih lama.

Saya minta maaf jika nukilan ini mengecilkan hati mana-mana pihak tetapi ini adalah tanggungjawab kita semua iaitu membangunkan agama, bangsa dan negara. Semuanya terletak pada anda. Nak atau tak nak sahaja yang menjadi persoalannya. Anda tahukan yang mana baik yang mana buruk, kan? Jadi..

Berubahlah.

Yang benar tetap benar.

artikel ini disalin daripada Dokumenku

Salam Muhibah

Assalamualaikum .Nama aku Habibfikri b. Hadzir. Nama glamor Habibufikri. Asal drpd Cheras. Lahir pada 15.6.91. I'm a gemini. 2mnggu lps trikh nie ak akan belaja kat universiti teknologi petronas. Selepas brglut dlm otak ak nih, aku pk msak2 utk blaja utp walaupun ak bole tuka mara (O.C). tp stlah org2 mara tu ckp " petronas ade plan utk pljr str8a for O.C " lbih bek aku pileh petronas.. huhu

Ok. Org kate blogspot nie utk share ideas, thoughts, exp.. tu yg aku rase interesting... dan mula saat ni ak nk share hdup aku ngn korang brtrskan motivasi dan pengalaman.. yg kat luar sne tu blog nie de batas. jgn fitnah. jgn pelekeh pndpt org kcuali brtntngn syarak. N jgn smpai blogging smpai x ingt dunia - solat tah kemana, keje tah kemana - Selamat 'blogging'.. :)